Hari Kebangsaan Malaysia disambut
di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap
tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511.
Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran
dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas,
pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang
ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007,
Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat
dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang
berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang
diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari
tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala
Lumpur terutama
di Dataran
Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara
besar-besaran juga dibuat di Putrajaya.
Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang
dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan
lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.
Berikut merupakan tema-tema Hari
Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.
Tahun
|
Tema
|
Muhibah dan Perpaduan
|
|
Masyarakat Progresif
|
|
Masyarakat Adil
|
|
Masyarakat Kebudayaan
Malaysia
|
|
Sains dan Teknologi Alat
Perpaduan
|
|
Masyarakat Berdikari
|
|
Ketahanan Rakyat
|
|
20 Tahun Bersatu Maju
|
|
Kebudayaan Seni
Perpaduan
|
|
Bersatu Berdisiplin
|
|
Berdisiplin Berbakti
|
|
Berdisiplin Berharmoni
|
|
Berdisiplin Giat Maju
|
|
Bersama ke Arah Kemajuan
|
|
Amanah Asas Kejayaan
|
|
Nasionalisme Teras
Perpaduan
|
|
Bangsa Tegas Negara
Teguh
|
|
Setia Bersatu Berusaha
Maju
|
|
Bersatu
|
|
Berjaya
|
|
Wawasan Asas Kejayaan
|
|
Bersatu Menuju Wawasan
|
|
Nilai Murni Jayakan
Wawasan
|
|
Jatidiri Penggerak
Wawasan
|
|
Budaya Penentu Kecapaian
|
|
Akhlak Mulia Masyarakat
Berjaya
|
|
Negara Kita
Tanggungjawab Kita
|
|
Bersatu Ke Alaf Baru
|
|
Malaysiaku Gemilang
|
|
Perpaduan Teras Kejayaan
|
|
1Malaysia.
Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
|
|
1Malaysia.
Janji Ditepati
|
No comments:
Post a Comment